Khamis, 8 Januari 2015
Yakjuj dan Makjuj
Rabu - 07/01/2015
Mari kita mulakan usrah kita pada malam ini dengan bacaan ummul kitab al-fatihah dan selawat keatas junjungan besar baginda Nabi Muhammad s.a.w
Allahumma solli ala saiyidina muhammad
Tajuk usrah kita malam ni Yakjuj dan Makjuj.
Yakjuj dan makjuj ialah nama yang bukan berasal daripada bahasa Arab. Namun ada juga yang berpendapat kedua-duanya berasal daripada bahasa Arab, iaitu daripada kata al-Makju yang bermaksud goncangan atau daripada kata Ajiju, api dan jilatannya. Kedua-duanya merupakan kumpulan keturunan Adam sebagaimana dajal yang telah dijelaskan di atas. Mereka benar² wujud dan bukan simbol, hal ini sebagai mana yang dijelaskan dalam al-Quran dan Hadis. Allah menyebutkannya dalam surah al-Kahfi ayat 93-94:
Surah al-Kahfi ayat 93-94: Hingga apabila dia telah sampai antara dua buah gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: "Hai Dzulkarnain, Yakjuj dan Makjuj itu orang-orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?"
Kemunculan mereka merupakan salah satu tanda kiamat besar. Namun begitu, permulaannya telah ada pada zaman nabi.
Dalam sahih al-bukhari dan Muslim disebutkan: Hari ini telah terbuka benteng Yakjuj dan Makjuj sebesar ini (baginda membuat lingkaran dengan ibu jari telunjuknya).
Kisah tentang Yakjuj dan Makjuj diceritakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan oleh Nawwas bin Sam'an seperti berikut:
Setelah Isa bin Maryam membunuh dajal, Allah mewahyukan kepadanya: "Aku mengeluarkan hamba-Ku yang tidak dapat dikalahkan oleh sesiapa pun. Oleh kerana itu, selamatkanlah hamba-Ku yang soleh ke bukit." Allah mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj ke segala penjuru dari tempat yang tinggi.
Kumpulan mereka yang pertama melewati Tasik Tiberia. Kemudian mereka meminum air hingga habis. Kumpulan terakhir melalui sambil berkata, "Di tempat ini dahulu ada air."
Kemudian mereka berjalan sehingga ke gunung al-arak iaitu sebuah gunung di Baitul Maqdis. Mereka berkata, "kita telah menghancurkan semua penduduk bumi, maka sekarang mari kita hancurkan penduduk langit." Mereka menembak panah mereka ke arah langit. Allah mengembalikan anak panah mereka dalam keadaan berlumuran darah.
Dikisahkan bahawa Nabi Isa bin Maryam dan para sahabatnya terkepung, sehingga pada ketika itu kepala lembu lebih berharga bagi mereka daripada wang 100 Dinar sekarang ini. Kemudian, Nabi Isa bin Maryam dan para sahabatnya berdoa supaya Allah menghancurkan Yakjuj dan Makjuj berserta para pengikutnya. Allah mengirimkan ulat yang melekat pada leher mereka hingga mereka semua hancur.
Isa bin Maryam bersama para sahabatnya turun dan tidak ada sejengkal tanah pun melainkan tanah tersebut penuh dengan bangkai mereka yang membusuk. Nabi Isa dan para sahabatnya berdoa dan memohon kepada Allah hingga Allah mengutus burung-burung sebesar unta yang membawa bangkai-bangkai manusia tersebut dan membuangnya ketempat yang dikehendaki Allah.
Setelah itu, Allah menurunkan hujan yang menyiram setiap rumah di kota dan di kampung hingga bumi menjadi bersih. Allah memerintahkan kepada bumi "Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkahanmu!" Pada hari itu, sekumpulan keluarga menjadi kenyang dengan memakan sebiji buah delima dan boleh berteduh di bawah kulit buah delima. Air susu juga penuh dengan keberkatan, hingga susu seekor unta cukup untuk sekumpulan orang. Susu seekor lembu cukup untuk saru kafilah dan susu seekor kambing cukup untuk beberapa keluarga dekat.
Ketika mereka berada dalam keadaan seperti ini, Allah mengirimkan angin lembut yang melewati ketiak mereka. Angin tersebut meragut nyawa setiap Mukmin dan Muslim hingga tinggallah orang-orang jahat yang berhiruk pikuk seperti keldai, maka terjadilah kiamat.
Maka dengan ini selesailah usrah kita pada malam ini. Kita tutup usrah kita malam ni dengan tasbih kaffarah dan juga surah Al-Asr. Wallahualam bissawab.
Yang baik itu datangnya dari Allah. Yang kurang itu datangnya dari diri ana sendiri.
---------------
Yang semalam punye. asif salah silap.
Khusyuk Dalam Solat (Kisah para wali Allah)
Isnin - 05/01/2015
Nota Usrah
Tajuk usrah: Khusyuk dalam solat ( kisah para wali Allah )
Assalamualaikum para ahli syurga sekalian yang sebaik-baik kejadian. Harini tajuk usrah kita tentang " Kisah para wali Allah tentang khusyuk dalam solah". Kita memulakan usrah kita dengan alfatihah dan selawat ke atas junjungan besar baginda SAW. Allahuma solli ala sayidina muhammad wa ala sayidina muhammad.
Baiklah saya akan cerita beberapa kisah para wali Allah berkaitan khusyuk dalam solah.
Kisah pertama.
Hadrat abu Bakar dadir, menceritakan " aku mempunyai seorang hamba yang berpuasa sepanjang hari dan bersolah sepanjang malam,pada suatu hari dia datang kepadaku dan menceritakan " semalam saya tertidur, saya melihat dalam mimpi bahawa dinding mihrab merekah dan daripada celah2 itu muncullah beberapa gadis yang cantik lagi jelita. Tetapi salah seorang dari mereka, sangatlah hodoh rupanya. Lalu mereka menjawab " kami ialah malam2 kamu yang lepas dan yang hodoh itu adalah malam ini."
Kisah kedua.
Hadrat Sirri Saqti menceritakan tentang seorang wanita " ketika beliau berdiri utk mengerjakan solat tahajjud, beliau akan berdoa kepada Allah supaya iblis tidak menghasutnya dan tidak mengganggu beliau utk khusyuk dalam solat. Kemudian beliau selalu menangis, sehingga sebelah matanya buta. Orang ramai menasihatinya " takutilah Allah tetapi jangan sampai mata yang sebelah lagi turut akan jadi buta" . Wanita itu menjawab, " jika ditakdirkan mata ini mata syurga, Allah pasti akan menggantikan mata yang lebih baik tetapi jika ditakdirkan mata ni mata neraka, maka lebih baik mata ini tiada".
Kisah ketiga.
Diceritakan tentang seorang wali Allah bahawa bahawa suatu ketika kaki beliau mengalami sakit bisul. Menurut tabib, jika kakinya tidak dipotong kemungkinan beliau akan mati. Ibunya berkata, " tunggu dahulu, potonglah apabila beliau mengerjakan solah". Seperti nasihat ibunya itu, ketika wali Allah itu sedang mengerjakan solah, kakinya dipotong tetapi beliau tidak lansung merasai sebarang kesakitan.
MasyaAllah. Amatlah berbeza mereka ini berbanding dengan diri kita. Solah kita? Adakah cukup sempurna? Khusyuk apatah lagi, jauh sekali. Moga dgan usrah sekecil ini dapat memberi sedikit tarbiyah kepada kita. Maka, berakhirlah usrah hari ini. Yang baik, datangnya dari Allah. Yang buruk datang dari saya sendiri, mohon maaf atas salah silap.
Kita akhiri usrah dengan surah al asr dan tasbih kaffarah.
Assalamualaikum.
---------------
Asif lambat updated.
Sabtu, 3 Januari 2015
Pengenalan.
Bismillahirrahamanirrahim. Assalamualakum warrahamatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah, segala puji dipanjatkan kepada Allah. Syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberikan peluang olehNya untuk menyedut udara yang dipinjamkanNya untuk kita hari ini. Alhamdulillah.
Pengenalan. Ya itu tajuk yang akan ana sampaikan hari ini. Sebenarnya blog ni dah lama create. Cuma tidak berksempatan saja untuk mengupdated. Alhamdulillah, harini ana berkesempatan untuk mengupdated serba sedikit pasal pengenalan Team Nota Usrah.
Seperti yang sudah sedia maklum, Founder dan Presiden team ini adalah Put. Dibantu oleh Ukhti Nabila.
Team Nota Usrah/ TeamNU ini hanya ditubuhkan di group Whatsapp.
Aktiviti harian yang dilakukan TeamNU, hari Ahad hingga Khamis akan diadakan usrah jam 9:30 pm. Manakala hari Jumaat akan diadakan Selawat Perdana. Dan hari Sabtu sesi borak santai TeamNU.
Ahli-ahli NU setakat ini terdiri dari umur 12 hingga 22 tahun. Pengambilan ahli NU terbuka pada AKHWAT SAHAJA (Perempuan). Ahli NU menerima akhwat dari seluruh negeri dan negara.
In sha Allah, mulai minggu ini, usrah yang disampaikan di group Whatsapp akan di post disini. in sha Allah. Last, pengambilan ahli baru dibuka. berminat untuk sertai kami boleh whatsapp Presiden group: 01119309746 atau whatsapp ukhti Nabila: 01119715606
Pengenalan. Ya itu tajuk yang akan ana sampaikan hari ini. Sebenarnya blog ni dah lama create. Cuma tidak berksempatan saja untuk mengupdated. Alhamdulillah, harini ana berkesempatan untuk mengupdated serba sedikit pasal pengenalan Team Nota Usrah.
Seperti yang sudah sedia maklum, Founder dan Presiden team ini adalah Put. Dibantu oleh Ukhti Nabila.
Team Nota Usrah/ TeamNU ini hanya ditubuhkan di group Whatsapp.
Aktiviti harian yang dilakukan TeamNU, hari Ahad hingga Khamis akan diadakan usrah jam 9:30 pm. Manakala hari Jumaat akan diadakan Selawat Perdana. Dan hari Sabtu sesi borak santai TeamNU.
Ahli-ahli NU setakat ini terdiri dari umur 12 hingga 22 tahun. Pengambilan ahli NU terbuka pada AKHWAT SAHAJA (Perempuan). Ahli NU menerima akhwat dari seluruh negeri dan negara.
In sha Allah, mulai minggu ini, usrah yang disampaikan di group Whatsapp akan di post disini. in sha Allah. Last, pengambilan ahli baru dibuka. berminat untuk sertai kami boleh whatsapp Presiden group: 01119309746 atau whatsapp ukhti Nabila: 01119715606
Langgan:
Catatan (Atom)

