Khamis, 8 Januari 2015

Khusyuk Dalam Solat (Kisah para wali Allah)


Isnin - 05/01/2015

Nota Usrah

Tajuk usrah: Khusyuk dalam solat ( kisah para wali Allah )

Assalamualaikum para ahli syurga sekalian yang sebaik-baik kejadian. Harini tajuk usrah kita tentang " Kisah para wali Allah tentang khusyuk dalam solah". Kita memulakan usrah kita dengan alfatihah dan selawat ke atas junjungan besar baginda SAW. Allahuma solli ala sayidina muhammad wa ala sayidina muhammad.

Baiklah saya akan cerita beberapa kisah para wali Allah berkaitan khusyuk dalam solah.

Kisah pertama.

Hadrat abu Bakar dadir, menceritakan " aku mempunyai seorang hamba yang berpuasa sepanjang hari dan bersolah sepanjang malam,pada suatu hari dia datang kepadaku dan menceritakan " semalam saya tertidur, saya melihat dalam mimpi bahawa dinding mihrab merekah dan daripada celah2 itu muncullah beberapa gadis yang cantik lagi jelita. Tetapi salah seorang dari mereka, sangatlah hodoh rupanya. Lalu mereka menjawab " kami ialah malam2 kamu yang lepas dan yang hodoh itu adalah malam ini."

Kisah kedua.

Hadrat Sirri Saqti menceritakan tentang seorang wanita " ketika beliau berdiri utk mengerjakan solat tahajjud, beliau akan berdoa kepada Allah supaya iblis tidak menghasutnya dan tidak mengganggu beliau utk khusyuk dalam solat. Kemudian beliau selalu menangis, sehingga sebelah matanya buta. Orang ramai menasihatinya " takutilah Allah tetapi jangan sampai mata yang sebelah lagi turut akan jadi buta" . Wanita itu menjawab, " jika ditakdirkan mata ini mata syurga, Allah pasti akan menggantikan mata yang lebih baik tetapi jika ditakdirkan mata ni mata neraka, maka lebih baik mata ini tiada".

Kisah ketiga.

Diceritakan tentang seorang wali Allah bahawa bahawa suatu ketika kaki beliau mengalami sakit bisul. Menurut tabib, jika kakinya tidak dipotong kemungkinan beliau akan mati. Ibunya berkata, " tunggu dahulu, potonglah apabila beliau mengerjakan solah". Seperti nasihat ibunya itu, ketika wali Allah itu sedang mengerjakan solah, kakinya dipotong tetapi beliau tidak lansung merasai sebarang kesakitan.

MasyaAllah. Amatlah berbeza mereka ini berbanding dengan diri kita. Solah kita? Adakah cukup sempurna? Khusyuk apatah lagi, jauh sekali. Moga dgan usrah sekecil ini dapat memberi sedikit tarbiyah kepada kita. Maka, berakhirlah usrah hari ini. Yang baik, datangnya dari Allah. Yang buruk datang dari saya sendiri, mohon maaf atas salah silap.

Kita akhiri usrah dengan surah al asr dan tasbih kaffarah.

Assalamualaikum.
---------------
Asif lambat updated.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan